Tuesday, January 26, 2010

True Friend 'never' Ends



















Sahabat ibarat adik beradik yang paling dengan kita walaupun berlainan ayah juga ibu.. yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang.. tidak kira la samada sahabat itu yang sebaya atau kurang/lebih umurnya dari kita.. sahabat sebagai suatu kaunter pertanyaan dan kaunter luahan rasa untuk kita berkongsi apa jua masalah yang kita hadapi..

Sahabat ialah suatu cahaya dalam kegelapan yang sentiasa menyinari hidup kita.. memang setiap orang memerlukan hatta si anak kecil. sahabat juga adalah cermin personaliti diri kita. jika baik sahabat kita maka elok la perangai kita dan sebaliknya...

ku rindu kan semua sahabat2ku, hanya doa yang boleh kukirimkan buat mereka.. kerana kita tiada kesempatan untuk bersama buat ketika ini.. masing2 sibuk menguruskan kehidupan masing2.. di kejauhan ini, ku masih mengingati setiap detik manis suka duka kita bersama... semoga allah merahmati semua sahabat2 ku, dan semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan ini... amin

aku rindu kan kamu semua... ko ku pohon agar semua sahabatku dilimpahkan kebahagiaan dan kerahmatan...

TRUE FRIENDS NEVER ENDS






Buku: Indahnya Hidup Bersyariat










Buku karangan Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd Hamid yang membincangkan tentang fardu ain asas.. Buku ini sangat elok dimiliki oleh semua lapisan umur dan mudah difahami kerana susun atur penerangan yg baik. selain itu kulit muka yang tebal, dan penerangan bergambar yang berwarna cantik..


ia lengkap ttg pengetahuan syariat islam sejak dari kita dilahirkan ke dunia ini sehingga kita di hari terakhir di muka bumi allah ini.. miliki la ia.. harganya RM 55.00..
tak rugi jika tidak memilikinya



Thursday, January 14, 2010

terlalu byk prosedur

pening la, ku tgh adjust budget nak mintak pendahuluan dengan bendahari hukm ni... ni yg payah kalu duit ada tapi kena banyak prosedur nak mintak guna duit tu.. semua tu tok research. kalu x guna nanti, kata kita x pandai nk organize budget.. tapi nak mintak punyalah seksa...

adjust je la cik aida oiii

Wednesday, January 13, 2010

DOA JADIKAN AMALAN

"Ya ALLAH, cantikkan lah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasullulah SAW, tenangkanlah hatiku seperti tenangnya air tasik, dan serikanlah wajahku bagai cahaya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman".

Cloth Diapers

PERHATIAN!
Tahukah anda kajian menunjukkan masalah ruam lampin disebabkan oleh lampin pakai buang? Dan ada kajian mengatakan bahawa ia juga boleh menyebabkan kanser & masalah kesuburan anak untuk jangka masa panjang.

Antara lain keburukannya termasuklah…

Punca masalah kulit
Tidak menggalak pengaliran udara
Penyumbang kepada masalah alam sekitar
Harga yang mahal & memerlukan perbelanjaan berterusan
Harus kerap ditukar untuk mengelak masalah ruam

Setelah mengetahui kebenaran di atas, adakah anda akan terus menggunakan lampin pakai buang kepada bayi anda??
Anda risau??....

Kini memperkenalkan…LAMPIN MODEN atau lebih dikenali sebagai CLOTH DIAPERS..



APA ITU CLOTH DIAPERS(CD)
Lampin moden atau CD adalah baru diperkenalkan di Malaysia sebagai lampin alternatif dan selamat untuk bayi. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kepada bayi kerana keseluruhan materialnya adalah kain. Bahagian luarnya diperbuat daripada Polyurethane Laminate(PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor. Bahagian dalamnya pula dilapisi dengan microfleece yang mesra kulit bayi dan boleh mengelak ruam.


MENGAPA PILIH CD?
Bebas bahan kimia
Dapat merawat & mengelak ruam lampin
Sangat mudah dibasuh & jimat penggunaan sabun
Boleh dibasuh dengan mesin basuh
Tidak berbau & tahan lasak
Saiz boleh dilaras mengikut perkembangan bayi
Pelbagai warna yang dapat merangsang daya kognitif anak
Anak cepat belajar ke tandas
Lebih MENJIMATKAN
’save our Earth with CD..’


BERAPA BANYAK ANDA BOLEH JIMAT?
Lampin pakai buang: Sekeping=RM0.70 x 6= RM4.20 sehari RM4.20 x 365hari= RM1533 setahun RM1533 x 3tahun= RM 4599
Lampin moden @CD: Sehelai=RM46* 12 helai: 12 x RM46 = RM 552 20 helai; 20 x RM46= RM920 Dan lampin yang sama boleh digunakan untuk anak seterusnya *Nota: Harga CD adalah tertakluk kepada jenis


CARA PEMBASUHAN
Anda perlu membasuh CD ini 3 kali sebelum dipakai untuk menambah daya serapan lapik microfibernya.
Buang najis bayi dan bilas sebelum dimasukkan di dalam mesin basuh.
Gunakan sabun yang tidak berenzim,tidak berpeluntur,tidak berpewangi untuk membasuh CD.
Anda dinasihatkan menggunakan beg basuhan dan bola basuhan bagi menjaga kualiti CD agar tahan lebih lama.
Bagi CD Velcro, lekatkan tab pelekat pada tab basuhan yang disediakan.
CD boleh dijemur di bawah cahaya matahari atau di dalam rumah.


TIPS
Berapa banyak lampin pakai buang yang anak anda guna dalam sehari adalah berapa banyak CD yang anda perlukan dalam sehari.
Anda dinasihati sekurang-kurangnya memiliki 10 CD untuk seorang bayi.
Campurkan sedikit soda bikarbonat ketika merendam CD bagi meneutralkan air kencing anak anda.


SEDIA UNTUK DITEMPAH/DIBELI:
CD Snap Button
CD Velcro (tab pelekat)
CD Bercorak
Microfiber insert
Laundry bag/beg basuhan
Cloth Liner/Kain Lapik CD
JENAMA LUNATOTS & COOLABABY

Tuesday, January 12, 2010

takziah dari kami sekeluarga

setelah hampir 54 tahun menghela nafas di bumi Allah swt yang penuh dengan nikmat ini, magrib 27 muharam 1431 hijrah telah kembali nya pak cik ku arwah ucu putra dari alor star setelah hampir 5 hari bertarung dengan maut akibat dari komplikasi pendarahan dalam otak. last saturday, mak, abah, abg dan wan telah pergi menziarahi pak cu di hospital sultanah bahiah. pak cu telah di tahan di wad icu setelah jatuh di kawasan rumah rakan nya ketika dalam perjalanan ke masjid tok berjemaah solat magrib. mengikut kata ucu ani, xde sebarang tanda2 ganjil yang ditunjukkan oleh arwah.. akan tetapi mungkin telah ditetapkan begitu keadaan pemergiannya..

mengikut kata doc, keberangkalian untuk hidup hanya 50-50 kerana pendarahan dalam otak telah menyebabkan ucu putra dalam keadaan koma.

buat keluarga ucu ani, sabarlah dengan ujian yang menimpa ini, awal tahun 2010 Allah telah uji kita semua untuk menjadi hambaNya yang redha. amin

Monday, January 11, 2010

Renungan buat diri ku




Renungkanlahsedalam-dalamnya



Tidak,Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Iabagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat.


Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untukmembina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itudalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuklelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right danbiar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak berimankemudian nanti.Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalusangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kitabenar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersamamasalah.Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hatikita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telahmemiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.


Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepijalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayarberlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikalmencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal sepertiitu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggangmotosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta ditgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramaiorg yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alamberumahtangga.



Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkanhubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turutbanyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosaseterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunyamereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah adayang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenahanak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebabkenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telahmelompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpauttatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannyagelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikansyurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaaninsan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membukalorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
"Seorang teman pernah berpesan.."Kadang2 Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbaskembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yanglama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`