Tuesday, January 26, 2010

True Friend 'never' Ends



















Sahabat ibarat adik beradik yang paling dengan kita walaupun berlainan ayah juga ibu.. yang sentiasa bersama kita dikala susah dan senang.. tidak kira la samada sahabat itu yang sebaya atau kurang/lebih umurnya dari kita.. sahabat sebagai suatu kaunter pertanyaan dan kaunter luahan rasa untuk kita berkongsi apa jua masalah yang kita hadapi..

Sahabat ialah suatu cahaya dalam kegelapan yang sentiasa menyinari hidup kita.. memang setiap orang memerlukan hatta si anak kecil. sahabat juga adalah cermin personaliti diri kita. jika baik sahabat kita maka elok la perangai kita dan sebaliknya...

ku rindu kan semua sahabat2ku, hanya doa yang boleh kukirimkan buat mereka.. kerana kita tiada kesempatan untuk bersama buat ketika ini.. masing2 sibuk menguruskan kehidupan masing2.. di kejauhan ini, ku masih mengingati setiap detik manis suka duka kita bersama... semoga allah merahmati semua sahabat2 ku, dan semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan ini... amin

aku rindu kan kamu semua... ko ku pohon agar semua sahabatku dilimpahkan kebahagiaan dan kerahmatan...

TRUE FRIENDS NEVER ENDS






1 comment: