Wednesday, January 13, 2010

Cloth Diapers

PERHATIAN!
Tahukah anda kajian menunjukkan masalah ruam lampin disebabkan oleh lampin pakai buang? Dan ada kajian mengatakan bahawa ia juga boleh menyebabkan kanser & masalah kesuburan anak untuk jangka masa panjang.

Antara lain keburukannya termasuklah…

Punca masalah kulit
Tidak menggalak pengaliran udara
Penyumbang kepada masalah alam sekitar
Harga yang mahal & memerlukan perbelanjaan berterusan
Harus kerap ditukar untuk mengelak masalah ruam

Setelah mengetahui kebenaran di atas, adakah anda akan terus menggunakan lampin pakai buang kepada bayi anda??
Anda risau??....

Kini memperkenalkan…LAMPIN MODEN atau lebih dikenali sebagai CLOTH DIAPERS..



APA ITU CLOTH DIAPERS(CD)
Lampin moden atau CD adalah baru diperkenalkan di Malaysia sebagai lampin alternatif dan selamat untuk bayi. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kepada bayi kerana keseluruhan materialnya adalah kain. Bahagian luarnya diperbuat daripada Polyurethane Laminate(PUL) yang kalis air dan tidak mudah bocor. Bahagian dalamnya pula dilapisi dengan microfleece yang mesra kulit bayi dan boleh mengelak ruam.


MENGAPA PILIH CD?
Bebas bahan kimia
Dapat merawat & mengelak ruam lampin
Sangat mudah dibasuh & jimat penggunaan sabun
Boleh dibasuh dengan mesin basuh
Tidak berbau & tahan lasak
Saiz boleh dilaras mengikut perkembangan bayi
Pelbagai warna yang dapat merangsang daya kognitif anak
Anak cepat belajar ke tandas
Lebih MENJIMATKAN
’save our Earth with CD..’


BERAPA BANYAK ANDA BOLEH JIMAT?
Lampin pakai buang: Sekeping=RM0.70 x 6= RM4.20 sehari RM4.20 x 365hari= RM1533 setahun RM1533 x 3tahun= RM 4599
Lampin moden @CD: Sehelai=RM46* 12 helai: 12 x RM46 = RM 552 20 helai; 20 x RM46= RM920 Dan lampin yang sama boleh digunakan untuk anak seterusnya *Nota: Harga CD adalah tertakluk kepada jenis


CARA PEMBASUHAN
Anda perlu membasuh CD ini 3 kali sebelum dipakai untuk menambah daya serapan lapik microfibernya.
Buang najis bayi dan bilas sebelum dimasukkan di dalam mesin basuh.
Gunakan sabun yang tidak berenzim,tidak berpeluntur,tidak berpewangi untuk membasuh CD.
Anda dinasihatkan menggunakan beg basuhan dan bola basuhan bagi menjaga kualiti CD agar tahan lebih lama.
Bagi CD Velcro, lekatkan tab pelekat pada tab basuhan yang disediakan.
CD boleh dijemur di bawah cahaya matahari atau di dalam rumah.


TIPS
Berapa banyak lampin pakai buang yang anak anda guna dalam sehari adalah berapa banyak CD yang anda perlukan dalam sehari.
Anda dinasihati sekurang-kurangnya memiliki 10 CD untuk seorang bayi.
Campurkan sedikit soda bikarbonat ketika merendam CD bagi meneutralkan air kencing anak anda.


SEDIA UNTUK DITEMPAH/DIBELI:
CD Snap Button
CD Velcro (tab pelekat)
CD Bercorak
Microfiber insert
Laundry bag/beg basuhan
Cloth Liner/Kain Lapik CD
JENAMA LUNATOTS & COOLABABY

No comments:

Post a Comment